Posts

Showing posts from June, 2021

TOPIK 3 : RANCANGAN UNTUK MENJADI SEORANG GURU YANG BERFALSAFAH

Image
  بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم Assalamualaikum semua, apa khabar? Harap semua dalam keadaan yang sihat walafiat ketika pandemik Covid-19 ni melanda. Kita juga dikejutkan dengan pegumuman PKP 3.0. huhuh bersabarlah demi negara tercinta kita. Semoga wabak ini cepat pulih dan kita semua dapat menjalankan hidupan seharian seperti sedia kala. InsyaAllah :)  Untuk entri kalini saya akan berkongsi tentang rancangan saya untuk menjadi seorang guru yang mempunyai pegangan falsafah yang kuat. Seperti yang kita ketahui, menjadi seorang guru memikul tanggungjawab yang sangat berat. Tetapi kita perlu membuat perancangan yang strategik untuk memantapkan diri kita yang akan dilengkapkan dengan falsafah. Pandangan saya, faktor utama menjadi seorang guru adalah dirinya dilengkapi dengan falsafah. Bukan disebabkan hanya menjadi guru bahkan menjadi insan yang berguna dalam melahirkan anak bangsa yang dinamik dan berintegriti. Sepertimana yang kita sedia tahu bahawa satu rangkap baris kata dal