TOPIK 3 : RANCANGAN UNTUK MENJADI SEORANG GURU YANG BERFALSAFAH

 




بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


Assalamualaikum semua, apa khabar? Harap semua dalam keadaan yang sihat walafiat ketika pandemik Covid-19 ni melanda. Kita juga dikejutkan dengan pegumuman PKP 3.0. huhuh bersabarlah demi negara tercinta kita. Semoga wabak ini cepat pulih dan kita semua dapat menjalankan hidupan seharian seperti sedia kala. InsyaAllah :) 


Untuk entri kalini saya akan berkongsi tentang rancangan saya untuk menjadi seorang guru yang mempunyai pegangan falsafah yang kuat. Seperti yang kita ketahui, menjadi seorang guru memikul tanggungjawab yang sangat berat. Tetapi kita perlu membuat perancangan yang strategik untuk memantapkan diri kita yang akan dilengkapkan dengan falsafah. Pandangan saya, faktor utama menjadi seorang guru adalah dirinya dilengkapi dengan falsafah. Bukan disebabkan hanya menjadi guru bahkan menjadi insan yang berguna dalam melahirkan anak bangsa yang dinamik dan berintegriti.


Sepertimana yang kita sedia tahu bahawa satu rangkap baris kata dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah termeterai pada tahun 1988 yang dahulunya dibei nama Falsafah Pendidikan Negara. Ilham ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1979. FPK ini merupakan gabungan antara The 4 Western Philosophy & The 3T Islamic Philosophy. 


Antara rancangan yang saya akan lakukan untuk menjadi seorang guru berdasarkan falsafah yang saya pelajari, 


💪 Sentiasa mencari ilmu baharu 


Apabila bercerita tentang ilmu, memang ia tidak akan habis. Semakin kita cari ia akan semakin berkembang, itulah yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Kahfi: 109 yang bermaksud : 


"katakanlah: kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu(pula)"


Saya akan mencari ilmu sebanyak yang mungkin selagi hayat ini masih ada. Antara caranya adalah sentiasa mencari maklumat melalui pembacaan buku ilmiah, mengikuti forum atau webinar yang diadakan dan juga menelaah artikel yang berkaitan. 


💪 Menitikberatkan keseimbangan jeri


Jasmani, emosi, rohani dan intelek. Semua ini amat penting dalam kehidupan kerana ianya akan membantu dalam menyeimbangkan seorang guru dan manusia yang berfalsafah. Saya perlu mengadaptasikan keempat-empat elemen ini dalam kehidupan. Sebagai contoh menjalankan aktiviti harian dengan mendekatkan diri dengan pencipta, Allah SWT. 

Seterusnya saya juga akan mencari masa menimba ilmu dengan menelaah artikel di laman web atau membaca buku ilmiah. Selain itu saya akan cuba mencari masa untuk bersenam bagi menyihatkan tubuh badan dan akhrinya akan menyelesaikan segala tugasan sebelum tarikh akhir. Dengan melakukan perkara seperti ini, saya yakin ia akan membantu kita dalam menyeimbangkan JERI dalam kehidupan seterusnya dapat jalani kehidupan yang harmoni dan sihat. 


💪 Mengaplikasikan konsep ta'dib, ta'lim dan tarbiah


Tiga konsep ini amatlah penting dalam membentuk seorang individu yang seimbang dan boleh berfikir dengan baik. 


"Ilmu tanpa adab binasa, Ilmu dan adab tanpa tarbiah sia-sia" 


Falsafah pendidikan islam amat menekankan pendidikan mengenali Allah Yang Esa kerana semua perkara bermula daripada pencipta itu sendiri. Dengan mengamalkan tiga konsep ini kita dapat membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. 


Diharapkan saya dapat mengikuti segala perancangan ini untuk menjadi seorang guru yang berfalsafah dan sentiasa berfikir dalam mendidik anak bangsa secara menyeluruh demi melestarikan sistem pendidikan di negara tercinta ini. Semoga Allah mempermudahkan segalanya bagi saya, anda dan kita semua, InsyaAllah. 


"Kita tidak akan tahu doa yang mana dan usaha yang keberapa yang akan terkabul, tugas kita hanya memperbanyak." 

Comments

Popular posts from this blog

MUKADDIMAH

TOPIK 2 : GURU YANG BERFALSAFAH

TOPIK 1 : KENAPA LUKMAN NAK JADI PENDIDIK? HMMM