MUKADDIMAH

 

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


TENTANG DIRIKU :)


Assalamualaikum dan Hi semua warga bumi. Haaa nama diberi Tony Stark, ehhh bukan tu salah ahaha. Ok2 nama yang dikurniakan oleh ibu dan abah saya pada 26 Mac 2000 ialah Muhammad Lukman Hakeem Bin Mohd Nazim. Panjang tak panjang tngok orang dia jugak la tinggi lampai heheh. Umur saya? tngok balik atas tuu tarikh lahir saya haaa. Tak dapat lagi ke? meh saya kirakan ye 2021-2000 haaa 21 tahun laa tahun ni. Muda lagi gais tapi masih single. Tkpe nanti dah smpai jodoh ada la tu yang terbaik. Allah SWT dah tetapkan yang terbaik untuk semua umatnya. Wallahualam :)

Saya dilahirkan di Hospital Bentong, Pahang. Saya pun tak tahu kenapa saya dilahirkan disana walhal ibu dan ayah saya masing-masing berasal daripada Johor dan Melaka. Dan sekarang saya menetap di Ipoh, Perak. Haaa tak ke pelik tu. Kalau orang tanya pun saya taktau nak jawab mcm mana. Saya dibesarkan sehingga kini dengan kudrat ibu dan abah saya bermula dari Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad dan mendapat 4A !B ketika UPSR. Kemudiannya saya sambung ke Sultan Yussuf High School pada tahun 2013 dan pada tahun 2016 selepas mendapat keputusan PT3 ye bukan PMR saya sambung ke bidang Seni Kulinari di Kolej Vokasional selama 4 tahun dan pada Mei 2021 saya sudah mendapat Diploma Vokasional Malaysia dan Sijil Kemahiran Malaysia tahap 4. Alhamdulillah atas kurniaannya.

Menerima anugerah kecemerlangan semasa semester 3 tahap Diploma

Semasa saya melanjutkan pelajaran di Kolej Vokasional Malaysia, saya banyak menyertai pertandingan di peringkat kolej, daerah dan juga kebangsaan. Mengapa saya menyertai pertandingan semua ni? Haaa ianya disebabkan saya suka untuk mempelajari ilmu baharu dan juga mencari pengalaman semasa umur masih mentah ni kan. Rebutlah peluang semasa umur masih muda ni wahai rakan-rakanku. 

Pertandingan Cooking Skills Peringkat Kebangsaan 2019

Penghasilan Sambal Hijau Bunga Betik untuk Final Year Project


Menjuarai Pertandingan Bubur Asyura Peringkat Negeri


Pertandingan Cooking Skills Peringkat Negeri 2018

Okay cukup semua tu, sekarang ni macam mana saya boleh wujud dekat UTHM ni? haaa mulanya saya ada terima mesej di group alumni tentang pengambilan pelajar untuk Sesi Mac 2020/2021. Masa tu ya Allah perasaan hanya saya dan tuhan je tahu sebab memang dah lama tunggu saat macamni. Adui berjiwang pulak dekat sini. Jadi saya pun isilah semua keterangan yang diperlukan dalam Google Forms yang disediakan. Alhamdulillah tak lama lepastu saya terima mesej yang saya berjaya untuk menduduki temuduga secara atas talian. 



Alhamdulillah atas kurniakan yang diberikan. Memang impian saya dari kecik lagi nak jadi tenaga pengajar bila besar nanti. Elehh cliche kan cita-cita saya tapi itulah memang impian saya dari kecik lagi. Memang betul perancangan Allah itu semuanya indah dah sudah disusun rapi. Okay sampai sini je laa nnti mengantuk pulak baca panjang-panjang ni kan. KIta sambung dekat entri lain yang lebih menarik :)

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 2 : GURU YANG BERFALSAFAH

TOPIK 1 : KENAPA LUKMAN NAK JADI PENDIDIK? HMMM