TOPIK 2 : GURU YANG BERFALSAFAH





 بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


SIAPAKAH GURU YANG TERBAIK PERNAH ANDA KENAL? 


Assalamualaikum dan Hi! Bertemu lagi kita di slot kedua ni. Untuk topik kali ini, saya akan kongsikan guru yang amat saya segani sepanjang perkhdimatan beliau. Sepertimana yang kita tahu, siapalah diri kita ini sekarang jikalau tiadanya guru. Guru memainkan peranan yang penting dan menggalas tangungjawab yang besar dalam mendidik harapan dunia untuk masa hadapan. Sifat seorang guru adalah penyayang, tegas dan berintegriti dalam menjalankan tugasnya untuk mendidik tidak kira bangsa dan agama.  Jadi untuk hari ini saya akan kongsikan guru yang amat saya sanjungi sejak saya menyertai bidang kulinari ini.




Beliau diberikan nama Wan Luqaman Harize dan berasal dari Pahang. Umur beliau pada tahun ini ialah 31 tahun. Beliau juga merupakan alumni UTHM dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional Katering. Beliau sekarang berkhidmat sebagai Ketua Program di Program Seni Kulinari, Kolej Vokasional Langkawi. Beliau telah berkhidmat selama 5 tahun di sana.



Saya banyak belajar mengenai Kulinari daripada beliau. Beliau banyak mencurahkan ilmu yang telah dipelajarinya dahulu. Beliau amat disegani dalam kalangan warga pendidik dan pelajar disini atas pengorbanan dan bakti yang telah beliau curahkan. Beliau juga banyak membawa saya menyertai pertandingan peringkat kebangsaan bagi mengumpul pelbagai pengalaman untuk ditimba. Beliau banyak mengajar dan membantu saya dalam persiapan setiap pertandingan yang disertai. 


Daripada pemerhatian saya sepanjang menuntu ilmu dengan Sir Luqaman, beliau seorang yang berpewatakan positif dalam setiap perkara. Beliau juga sangat kreatif dan seorang yang sangat berinovasi dalam melakukan setiap perkara yang ingin dicapai. Berdasarkan falsafah pendidikan barat yang saya pelajari, beliau mempunyai ciri - ciri seorang yang idealisme yang boleh dicontohi jika ingin menjadi seorang guru atau pendidik. Antaranya ialah :

👉 sering bersedia dalam mengajar dan melakukan perancangan dalam sesi pdp supaya berjalan  dengan lancar. 

👉 sentiasa menyediakan suasana pembelajaran yang menarik seperti tayangan video dan aktiviti di dalam kelas.

👉memastikan pelajarnya sentiasa faham semasa pengajarannya agar pelajarnya tidak terlepas dari sebarang info yang disampaikan. 



Dari segi falsafah pendidikan islam pula, ianya merupakan satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi menjadi hamba Allah yang bertanggungjawab untuk kebaikan dunia dan akhirat. Melalui falsafah pendidikan islam, kita dapat ketahui bahawa tujuannya adalah untuk mencapai kesempurnaan manusia kerana Islam mencerminkan agama yang sempurna. MasyaAllah

 





Apakah yang dimaksudkan dengan Falsafah ni? 


Jadi sepertimana yang kita ikuti dari kelas Dr. Sof, falsafah ini bermaksud "Cintakan Hikmah". Ramai yang agak keliru dengan falsafah ini. Apakah perkaitan yang cuba dihubungkan antara falsafah dengan kehidupan? Falsafah ini sebenarnya satu disiplin ilmiah yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Falsafah merupakan satu usaha pemikiran yang tuntas. Tujuannya adalah untuk mendapatkan kebenaran. Dalam kehidupan ini, manusia sering mencari jawapan kepada soalan yang nampaknya mudah tetapi sukar untuk dijawab dengan yakin. 


Falsafah membawa maksud pemikiran, pandangan yang benar, rasional dan bernas. Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digunakan di Malaysia bertujuan menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan. Falsafah ini amat penting bagi mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi: 


  • Jasmani
  • Emosi
  • Rohani
  • Intelek




Comments

Popular posts from this blog

MUKADDIMAH

TOPIK 1 : KENAPA LUKMAN NAK JADI PENDIDIK? HMMM