TOPIK 1 : KENAPA LUKMAN NAK JADI PENDIDIK? HMMM


بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم



Kenapa saya nak jadi cikgu?

Assalamualaikum dan HI! Heeee berjumpa lagi ye kita di entri baru. Okay untuk entri kalini saya nak kongsikan dengan anda semua impian saya sejak kecik lagi. Okay murid-murid, kelas yang lepas apa yang saya ajar? Ingat lagi tak masing-masing. Kalau tak ingat semua berdiri luar kelas smpai saya suruh masuk balik! Haaa korang nampak tak ciri-ciri cikgu kat situ? Hehehe cuba dulu kan. Okay cukup dengan drama tadi jadi kenapa seketul Lukman ni pasang impian nak jadi cikgu? Orang kata impian tu percuma jadi saya pun berangan laa nak jadi cikgu dari kecik lagi. Ahahaha tkde la saya dah tekad dari kecik lagi memang nak jadi cikgu seperti bidadari saya, Ibuku <3.


Menjadi seorang cikgu ni bukan mudah ye bak kata netizen dan makcik bawang dekat facebook tu. Tapi memang betul, menjadi seorang cikgu bukanlah satu perkara yang mudah yang perlu diambil remeh temeh. Kita perlu belajar cara mengenali setiap tingkahlaku murid-murid melalui Psikologi Pendidikan. Kemudian kalau nak gapai impian kenelah belajar Falsafah Pendidikan. Semua ni amat penting untuk kita ketahui sebab ia merupakan satu tiket untuk menjadi seorang cikgu yang berfalsafah. 
Jadi berbalik kepada persoalan kenapa saya nak jadi seorang cikgu ialah kerana saya nak bantu negara dalam melahirkan insan-insan yang berguna serta ingin menggalas tanggungjawab yang besar dalam memajukan negara tercinta kita, tanah air tumpahnya darahku Malaysia. 


Seorang guru memainkan peranan yang sangat besar dan penting dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia yang bakal memajukan negara kita. Tanpa guru siapalah kita dan tidak akan berjaya sepertimana orang yang telah berjaya sekarang, tiada negara yang membangun dengan pesatnya. Maka dengan ini saya bernekad dan berazam akan menjadi seorang cikgu walaupun apa yang terjadi. Doakan saya InsyaAllah. 






Apa pandangan awal saya terhadap falsafah?


Falsafah? Apa tu? Mula-mula tu berlegar dalam kepala apa falsafah pendidikan tu. Bermula la saya berdating dengan cik Google ni pagi dan malam. Ahahah tapi masih lagi tak berpuashati dengan pencarian saya. Jadi mula risau dengan kursus ni mesti susah nak faham dan semestinya kursus ni penuh dengan teori maka masa kelas ni pasti mengantuk. Semangat nak masuk kelas dengan Dr. Sofurah berkobar-kobar sebab nak tahu sangat apa yang dimaksudkan dengan falsafah ni. 


Apa yang saya dapati setelah mengikuti kelas Falsafah Pendidikan?


Okay sepertimana yang saya telah ikuti kelas Dr. Sofurah yang manis lagilah ayu, falsafah bermaksud Cintakan Hikmah atau dalam bahasa omputeh falsafah itu adalah The Love Of Wisdom. Perkataan Cintakan Hikmah itu sendiri terlalu mendalam untuk kita fahami dalam waktu yang singkat kerana seorang yang berfalsafah mestilah mempunyai ciri-ciri pemikiran yang amat tinggi nilainya. Saya juga tahu bahawa untuk menjadi cikgu bukan la perkara yang mudah sebab kita perlu menguasai segala perkara dalam pelbagai aspek. Yela nak mendidik seseorang untuk berjaya bukan perkara yang mudah. Sebab itu cikgu menggalas tanggung-jawab yang berat :) MasyaAllah





Comments

Popular posts from this blog

MUKADDIMAH

TOPIK 2 : GURU YANG BERFALSAFAH